Photobucket

14 April 2013

Mis Boset

Bulan lepas gua ke kolumpo.
Misi kali nie gua dengan sepupu gua sertai kursus Mis Boset.
Start 25 haribulan sampai 27/03/2013.

Waktu pagi di mulakan dengan sarapan self services.
Hari pertama belah pagi macam biasa, masuk kelas belajar teori.
Kami di ajar cara-cara membuat CPR dengan betul dan setiap peserta kena buat demo.
Waktu makan tengahari kami disajikan dengan menu kelolaan katering mane entah.
Gua makan kasi alas perut aje..lauk dia tak berapa nak bukak selera sebab gua dah terbiasa dengan menu kampung tapi menu tu kira boleh makan lagi la.
Rezeki jangan di ngomel sangat sebab ramai lagi di luar sana kelaparan.
Lepas makan gua pekena zohor sepam then sebelah petang kami dah kena masuk kolam prektis cara pernafasan.
Gua yang sememangnya tak reti berenang dang menyelam agak nervous tapi cemane pom gua kontrol diri gua.
Part yang memula tu suma di kira macam makan ice cream aje..
Semua buat sambil gelak-gelak..part yang tak jadi memang kena bantai gelak dengan kawan-kawan..it's fun..kena plak group gua nie dianggotai lelaki-lelaki masuk air..suma kepala sengal-sengal tapi unite memang top.
Masuk part berenang sambil redah ombak buatan gua failed..ape jadah makin gua berenang makin tak begerak..gua dah jadi penat, jurulatih dok pekik suruh gua berenang lagi..gua berenang jugak sampai lengan gua krem..last-last gua stop dan biar hanyut aje..time tu gua ketatkan tali life jacket..entah tetiba ada orang tarik gua dari belakang..rupa-rupanya jurulatih gua tarik gua bagi jauh sikit dari ombak..dia sedar yg gua dah tak boleh lawan arus..time tu gua kayuh lelaju konon-konon berenang ala orang pandai..kah kah kah..
kesudahanya gua sampai hujung kolam dengan bantuan sorang brader kacak..thanx bro..
Gua memang krem tahap dewa.

Masuk part training bernafas pakai alat khas nie buat gua rasa kurang selesa.
Cara dia ada iras-iras guna tabung oxygen tapi yang nie kami cuma guna udara yg dikitar semula dalam life jacket.
Part menyelam memula pom dah buat gua semput..rasa macam nak mengalah awal-awal pom ada tapi gua lawan jugak diri gua...gua tahan then berjaya jugak.....takder la teruk sangat kan...cuma nervous aje yang buat gua menggelabah..pastu kami kena menyelam then pegang titi dalam kolam terus menysusur sampai hujung kolam..yes gua boleh buat walaupun tu first time gua menyelam then bergerak dalam air.

Masuk part seterusnya kami di ajar teknik-teknik mendayung, teknik towing member yang cedera dalam kolam, teknik menyelamat dan macam-macam benda lagi la...ada satu part tu kami kena terjun ke dalam kolam dalam ketinggian 10 - 15 meter...pheww berdesing kepala time jatuh dalam kolam...
Masuk pukul 5 kami off dah suma balik.

Time nie gua rasa letih sangat..rasa macam baru berenang meredah laut cina selatan.
Patut la orang tua tua bagitau, aktiviti berenang nie banyak pakai tenaga.
Masa nie gua dah mula rasa nak deman, hidung pom dah mula berair..
Dah setel asar, gua gerak pegi rumah sepupu.
Adik gua deman teruk, so gua ambik tugas sebagai penjaga.
Gua kena tanak nasi, kena buat lauk...time tu gua cuma goreng ayam..gua tak berapa nak layan buat kuah sebab letih...so kami makan nasik berlaukkan ayam goreng dan kuah kami bedal kicap manis..

8:00 pagi
Waktu pagi di mulakan dengan sarapan self services.
Gardenia + mentega kacang + keju keping + kopi.
Macam semalam jugak, kami belajar teori dan lepas pukul 10 kami break untuk minum kopi.
Lepas minum kopi nie la kami training macam mana nak selamtkan diri bila helikopter terhempas dalam laut.
Part nie yang ramai minum air kolam termasuk jugak gua..
Part nie memang kena buat betol-betol sebab ia memang subjek penting.
Alhamdulillah gua berjaya buat dengan baik.
Lepas pekena makan tengahari then buat zohor, kami sambung latihan prektikel dalam kolam.
Gua cukup-cukup bersyukur sebab suma latihan gua boleh buat walaupun dah minum air kolam.
Rasa happy tu tak boleh nak kabo orang kate...kah kah kah.
Tapi paling gua respect sama 2 orang gurl dari team A.
Dorang pom berjaya buat dengan baik..memang A la kamu..
Kelas tamat pukul 5.
Gua balik rumah pekena asar then pegi cuci baju dekat dobi self service.
Lepas bikin maghrib gua pegi tengok adik gua dan tugas macam semalam, gua tanak nasi, goreng ayam dan goreng ikan.
Gua ada mintak resipi ayam masak kicap dari sorang sahabat perlis dan sorang lagi dari kelantan.
Oleh sebab gua cuma ada ikan selar, gua tukar menu.
Gua bikin Ikan selar masak kicap.
Gua makan agak banyak malam tu sebab happy...kah kah kah.
Deman adik gua pom dah makin ok.

8:00 pagi.
Macam semalam jugak, kami sarapan pagi dan masuk kelas belajar teori pasal memadam kebakaran.
Lepas minum kopi pukul 10 kami buat prektikel.
Latihan kali nie sangat simple.
Kami buat latihan sambil gelak-gelak.
Pukul 5 kelas tamat, gua ambik kesempatan nie bersalam dengan jurulatih, gua agak terkilan sebab kami tak ambik gambar satu kelas untuk buat kenang kenangan..




0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Motorcycle Vespa