Photobucket

21 January 2013

Lalai & Khilaf

Kejadian nie berlaku sekitar tahun 2012 kalo xsilap gua.
Malam tu malam jumaat, so kebiasaannya orang akan baca Yaasin.
Ada satu kali tu gua xder trip, so hati gua terdetik nak ke Masjid Kapitan Keling.
Memang dah lama gua xpijak masjid sebab trip gua selalu xmenentu, bercampur dengan kealpaan gua sendiri. ( Gua Khilaf ) Selepas solat maghrib berjemaah, gua baca Yaasin dalam nada dengar xdengar.

Masa baca Yaasin tu hati gua jadi hiba, sedih sebab gua terlalu alpa pada Yang Maha Esa.
Bacaan gua juga jadi kurang lancar akibat kemalasan gua, gua cuba jugak baca Yaasin dengan hati yang kesal.
Dalam pada itu, datang seorang Hamba Allah ( gua kira melayu india @ mamak ) datang mencuit bahu gua dan menunjukkan isyarat makan.
Gua angguk kepala sebagai tanda persilakan dahulu sebab gua nak habiskan bacaan Yaasin.
Barangkali ahli masjid ada buat sedikit jamuan untuk tetamu pada malam tu.

Beberapa minit kemudian, Hamba Allah tadi datang lagi kepada gua dan memberi isyarat dengan mengosok perut serta isyarat menyuap makanan ke dalam mulut, baru gua sedar bahawa Hamba Allah tadi memohon sedikit wang daripada gua.
Gua bagitau pada Hamba Allah tadi " sekejap bang, saya nak habiskan bacaan Yaasin "
Masa tu tinggal lebih kurang sehelai muka surat sahaja lagi.
Selepas habis baca Yaasin, gua bergegas mencari Hamba Allah tadi namun gua gagal menjumpainya.

Gua solat Insya Berjemaah dan selepas tu pulang ke bilik. Gua ceritakan hal nie pada Rahim & Rahim banyak mendengar sahaja.

Tapi bila gua fikir balik sekarang, gua sebenarnya dah buat silap. Sepatutnya masa Hamba Allah tu minta wang, gua bagi aje wang pada dia..baru sambung balik bacaan Yasin. Sampai sekarang gua menyesal dengan tindakan gua. Betapa lalainya gua untuk menolong Hamba Allah lain dan betapa kita tidak sedar bahawa Allah datangkan ujian kepada kita dalam pelbagai bentuk dugaan.

* Gambar sekadar memudahkan kefahaman untuk kita semua.

Kadangkala Allah hantar kucing untuk menguji kita samada kita sayang @ tidak dengan rezeki Allah kerana dia tak minta ikan yang baru digoreng...
dia tak minta pinggang yang elok ketika makan...
dia tak minta air untuk membasuh tangan...
dia tak minta tisu untuk lap mulut...
dia hanya minta sisa makanan kita yang tidak habis..
Tapi kenapa kita masih tidak bagi ?,br>

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Motorcycle Vespa