Photobucket

15 April 2011

Sindiket penipuan.



Tarikh : 14/04/2011
Masa : 03:42 PM

Dari Taman Negara gua bawak 4 customer Francis.
Dorang nak pegi Pulau Perhentian.
Gua punya skill memandu time tu baik² sahaja sebab dorang ada anak kecik.
Gua tanak plak anak dorang muntah dalam van.
masuk jer jalan Kuala Lipis ke Gua Musang gua dah start jadi schumacher sebab nak cover balik masa yang dah lewat sejam tadi.
Tapi bukan ini cerita yang gua nak share sebenarnya..

Cerita sebenar camni.
Sampai area Besut gua dapat 1 call dari no yang gua xkenal.
Baru aje gua nak jawab dia letak.
Gua text tanya identiti tukang call.
kejap tu dia call dan bagitau dia Fahmin dari firma bla bla bla..
Dia bagitau gua yang gua dah terpilih salah sorang penerima anugerah kad visa ape kelencut entah.
Kad tu gua boleh diskaun kalo lepak hotel terpilih di serata Malaysia sebanyak 70%.
Kalo naik flight plak dapat diskaun jugak.
Kad nie boleh di guna untuk seisi keluarga gua, makwe gua, kawan gua mahupun orang kebanyakkan yang dekat dengan gua.
Tiada tarikh luput, kad nie boleh di guna sampai la gua meninggal dunia.
Pastu dia suruh gua baca no yang tertera pada depan kad Maybank gua.
Gua baca selancar yang mungkin.
Dia mintak alamat dan email konon² nak buat pengesahan.
Gua bagi aje..
Incik Fahmin nie bagitau yang firma dorang ada link dengan MATTA berserta Maybank.
Dia bagitau gua tak perlu risau sebab segala percakapan gua dengan dia dah di rekod dalam mesin khas dan dia ada bagi satu no office konon² tu head office dorang.
Dia tanya beberapa soalan yang gua kira gua takder masalah untuk jawab dengan A.
Ting!!!
Untuk melayakkan gua guna kad nie, dorang nak potong duit dalam akaun Maybank gua sebanyak RM499 dan memerlukan gua sembang pulak dengan bahagia security.
Incik Fahmin bagitau sebagai tanda perghargaan, dorang akan bagi baucer bernilai RM5000 melencong ke beberapa Negara jiran kita.
Ting!!!
Gua dah mula saiko dorang time nie, gua bagitau incik fahmin yang gua tak berminat.
Dia pujuk gua dengan ayat manis. siap suruh tunggu 2 minit aje untuk di sambung ke unit security.
Tau² ada awek fulak yang sembang dengan gua.
Gua bagitau awek tu yang gua tak berminat dengan pakej nie.
Awek tu bermati matian pujuk gua supaya setuju dengan tawaran nie.
Konon² hanya 300 orang sahaja yang terpilih dapat kad anugerah nie.
Gua bagitau direct yang gua tak berapa nak percaya dengan putar alam dorang.
selagi gua tak dapat surat hitam putih, gua takkan terima tawaran dorang.
Awek tu pujuk lagi, katanya bila dah buat pendaftaran dengan unit security baru dorang hantar surat hitam putih ke alamat rumah berserta kad anugerah.
Dorang juga akan hantar email kepada gua.
Keputusan gua muktamad, gua taknak tawaran nie.
Gua dapat dengar nada awek tu mengeluh sebelum dia meletak ganggang telefon dengan ganasnya.

Sebelum nie gua dah terima beberapa lagi panggilan telefon ( no sabah )yang mengatakan gua dah menang wang tunai berjumlah RM5000 ringgit dalam peradua paweroot.
Dan tektik dorang suruh pegi ATM maybank.
Gua bagi bermacam² alasan sampai dia hilang sabar.

Yang satu lagi tu ( private no ) siap mengaku dorang dari celcom dan bagitau gua menang RM5000 jugak.
Belum habis ayat manis dorang gua jerit "abang Penipu" serta merta dia off talian.
macam gampang trick.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Motorcycle Vespa