Photobucket

07 March 2009

Drift

Isnin lepas, lebih kurang pukul 10.30 pagi gua ada pegi servis penapis air dekat bekelam.
Abang mat selaku senior technician drive van macam biasa.
Kelajuan masa tu lebih kurang 60 kmj.
Gua dengan abang mat borak santai.
Masa tu baru lepas hujan, jadi jalan basah.
Lepas satu selekoh tu, gua ada nampak orang ramai tengah angkat sorang lelaki..kemalangan antara penjual ayam dengan kereta kot.
Abang mat tekan brek slow2..
Sreetttt!!! van hilang keseimbangan..
Tayar belakang lari ke kiri.
Abang mat balas stering ke kanan, pastu kekiri.
Van dah macam kuda liar..
Gua jadi kaget....
Gua budget van akan terbalik..
Gua dah pasrah...
Entah tetiba van masuk gaung...
Lepas jek van berenti, Abang mat gelak macam orang baru lepas menang loteri.
Gua entah kenapa tapi turut sama gelak macam orang sengal..
Lepas beberapa minit kiter orang keluar dari gaung tu senang2 jek.
Perjalanan seterusnya jadi kaku..
Abang mat bawak van slow macam orang baru dapat lesen..
Gua plak rasa macam nak muntah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Motorcycle Vespa