Photobucket

29 September 2008

cerita semalam

cerita yang aku nak sampaikan nie xder laa pahit sangat, cuma aku nak pembaca semua amik iktibar jek.

27/09/2008
Sabtu

semalam aku dengan kawan - kawan sekolektif pergi ke pekan rantau panjang dengan niat nak masuk pekan golok ( thailand ).
niat kami sekadar nak beli spare part vespa sambil cari seluar, baju bundle.
sebelum masuk pekan golok, kami kena buat pas sempadan dulu.
masa nak masuk ke pintu imigresen tu, sorang apek panggil kami. ( apek siam )
dia tanya nak kemana & nak masuk belah sana ( golok ) dengan vespa ker ?
pastu dia siap terangkan yang vespa xleh masuk sana kalo xder surat pelepasan.
mulut apek nie kaw - kaw bau arak. so aku budjet dia dah xbetol.
dalam pada tu, apek tadi siap offer ayam pada aku.
apekejadah aku nak cari ayam. ingat aku nie muka kaki sontot ayam ker ?
so kami batalkan niat ke pekan golok dengan menaiki vespa, kami sepakat nak jalan kaki jek.
apek nie dah marah - marah dekat aku.
aku buat dek jek laa.
lepas settle buat pas sempadan kami masuk dan cop dulu di kaunter imigresen malaysia.
lepas kaunter malaysia nak kena cop plak dekat imigresen thailand.
lepas settle urusan cop, baru jek nak jalan pergi ke pekan golok. tetiba datang plak apek tadi.
dia siap marah - marah giler pada aku.
siap call geng - geng dia datang dengan niat nak gulai kami.
kawan - kawan aku dah gelabah gile baik.
aku bertekak dengan apek nie macam setan. ( dalam hati takut beb )
sorang kawan aku ( memang budak thailand ) masuk campur dengan niat nak settle cara baik.
tapi haram apek tu tetap nak belasah aku.
aku budjet kalo dia start sentuh aku, otometik aku tarik benda dalam poket jaket aku.
dalam kepala otak dah xpikir benda lain, yang aku tau buat jek apek nie.
dalam pada bertekak tu datang sorang brader leraikan kami.
aku dengan kawan - kawan yang lain diarah masuk balik ke malaysia.
settle urusan cop masuk dekat imigresen, kami kena lalui mesin pengimbas.
masa aku lalu, ape gile mesin tu bunyi.
baru aku teringat yang dalam jaket aku ada benda.
polis tu tanya ada bawak barang tak ?
aku jawab xder. ( kecut perut beb )
maybe tuhan nak tolong, akak yang belakang aku kena.
habis beg dia kena geledah.
so aku dengan kawan - kawan lain selamat.
pasal apek tadi memang xakan settle dengan cara baik.
member - member dari thailand akan settlekan apek tadi dalam masa terdekat.

so dari situ banyak benda aku dah alami.
semua tu betul - betul buat aku berfikir selepas kejadian.
memang kerja gila.

pesan aku : - 1) kalo korang nak masuk pekan golok, hati - hati.
2) jangan bawak barang pelik kalo masuk sana.

3 Comments:

Blogger YennLover said...

This comment has been removed by the author.

Sunday, October 12, 2008 10:18:00 PM  
Blogger YennLover said...

Gapo dio "barang pelik" tu?

Sunday, October 12, 2008 10:22:00 PM  
Blogger miemie said...

erm..macam senjata yang boleh dibuat untuk menpertahankan diri bila terdesak.

Monday, October 13, 2008 11:43:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Motorcycle Vespa