Photobucket

23 July 2008

sessi panas enjin

Minggu lepas member gua datang ke kg gua.
dorang datang dengan yamahal EGO.
gua dengan geng2 vespa dah prepare apa yg patut.
pagi jumaat dorang bertolak dr kok lanas dalam kol 9.30pagi.
gua budget dalam kol 11 pagi dah boleh sambut dorang kat pekan koboi jeli.
berbekal kan sebuah vespa model sprint yg gua pinjam dr seorang chegu, gua terus pecut bersama dengan sebuah lagi vespa model PS.
kelajuan masa tu dalam 80 km/j.
lepas satu selekoh gua tengok polis dah mula melambai2 tangan suruh berenti.
pehh...gua dah gabra.
member gua yang dok depan selamba jalan walaupun gua tau dia dah gabra tahap babi.
kami berenti dengan penuh sopan sambil senyum2 ala2 nak ngorat awek.
lawa motor! kata sorang abang polis.
biasa jek bang! kata gua sambil senyum ala2 brad pit.
abang polis tu mula sentuh2 kat vespa kami sambil bersiul2.
nie nak pegi mana neh! tanya lagi abang polis yg hensem tuh.
member gua cakap nak pegi ambik member dekat jeli.
peh...gua dah makin nervous..
nape tak tubuh kelab vespa? kata abang polis yg sorang lagi.
gua cakap belom smapai masa lagi..
tup tup abang polis tu lepaskan kami camtu jek.
pehh.. alhamdulillah..
lega..
kami terus sambung acara pecut.
lepas ambik member2, kiter orang balik.

Lepas jumaat,

budak2 vespa kg gua dah tak boleh duduk diam.
skejap rem enjin kasi bakar line budak2 motor.
kiter orang pegi satu tempat air terjun yg boleh tahan dia punya cool.
sampai sana gua tengok member dah cuba buat ungu api sebab nak buat bbq.
dah banyak skill kiter orang pakai tapi bara tetap tak jadi.
tuang petrol pom tak nak jadi bara..
nie apakehal nie tak nak nyala..

Malam,


Gua buat ungu api depan umah member gua, kejap jek nyala.
selaku organize, gua sibuk membekar ayam sambil sembang sedas dua.
air sirap satu jag kejap jek kiter orang telan.
tak cukup dengan tu, buah rambutan satu guni beras 10 kg kiter orang sental habis2 sebab marah tak dapat buat bbq dekat air terjun tadi.
dah siap bakar kesemua part2 ayam yg dah di karate gua, kiter orang makan dengan penuh rasa syahdu.

Lewat Malam,

Gua diskas beberapa isu yg agak panas antaranya cemana nak kasi vespa laju diselangi cemana nak tekel awek2 denyut.
abis diskas kiter orang balik rumah dah mula beradu tenaga dengan tilam.

Ps:- Bakar ayam tak laa penting sangat, yang paling penting ialah semangat kesetiakawan.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

yolo doh...smngat setiokawe tu peting...
hahas...

Friday, August 15, 2008 9:28:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Motorcycle Vespa