Photobucket

22 November 2007

Chenta Ibarat Boneka



Insan adalah boneka dalam pertarungan antara perasaan dan pertimbangan,
Kalau perasaan diibaratkan sebagai satu permainan...satu percaturan, manusia merupakan boneka dalam percaturan itu.

"Setitis air matamu...mampu menenggelam dan melemaskan jiwaku..."
"Kalau basah...biarlah kita basah bersama..."
"Hatiku adalah hatimu...dimana hatimu ?"
"Tidak wujud sebarang kebahagiaan tanpa didahalui oleh pengorbanan dan penderitaan"
"Yang pergi biarlah pergi, cari yang baru sebagai pengganti"
"Yang patah akan tumbuh lagi, yang hilang akan berganti"
"Bagai bayang-bayang, wujudnya bersama cahaya, menghilang apabila kegelapan menjelma"
"Insan tidak harus boleh dipercayai...walaupun dirinya sendiri"
"Betapa pun kepedihan terasa pasti akan sembuh jua bersama peredaran masa"
"Sayang dan cemburu saling mengiringi...apabila sayang berbunga dihati, cemburu pasti akan menemani"
"Perasaan dan pertimbangan tidak mugkin digandingkan. Perasaan sering mewujudkan tindakan di luar pertimbangan dan pertimbangan selalu membantutkan perasaan"
"Apabila chenta berbunga dihati, hanya suara kekasih yang mengandungi erti, kata kata orang lain kedengaran sumbang dan menyakitkan hati"
"chenta seperti kematian, mengubah segalanya"
"Tidak akan wujud kebahagiaan tanpa kesetiaan dan kejujuran"
"Pertimbangan insan didalam perchentaan sentiasa dikaburi perasaan"
"Tidak bererti ikrar yang dilafazkan jika tidak dituruti dengan amalan"
"Jangan kerana kemerduan suara kenari di hutan, denak di sangkar dilepaskan"
"Tanpamu...walaupun tengkujuh sepanjang usia hidupku tetap dilanda dahaga, walaupun gempita insan berpesta duniaku sepi tidak bermaya"
"Keindahan janji yang tidak ditepati akan luntur meningggalkan bisa yang meracuni diri"
"Tidak mungkin sesuatu kesalahan dipupuskan dengan hanya meminta kemaafan. Tidak mungkin sesuatu dosa dibersihkan kalau sekadar memohon keampunan"
"Nilai seseorang akan hanya disedari apabila kehadiranya tidak dinikmati lagi"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Motorcycle Vespa