Photobucket

28 December 2007

25 Disember 2007

Lepas makan tengahari aku mintak izin dengan amak ayah aku untuk ke kota bharu.
Aku bawak kriss 110.
Masa sampai dekat simpang 4 tu aku dah pandang kiri kanan jalan. clear!
so aku jalan.
tetiba jek member aku jerit "mie motor tu!!!"
peh memang dah xsempat nak elak. aku sempat tekan brek jek.
budak tu datang dari kiri dengan laju.
Gedegang!!
member aku melambung tinggi dan tercampak jauh dari motor.
aku plak jatuh berguling2 atas jalan raya sambil terseret sket.
pehh...
kepala aku terhantuk banyak kali masa guling2 tuh.
aku ambik masa sket untuk bangun.
masa nak bangun tu aku rasa kaki aku sangat2 sakit.
aku budget dah patah tapi alhamdulillah aku cuba gerakkan kaki kiri aku..maseh okay.
aku bangun sambil pegang helmet yang maseh stay dekat kepala.
aku ludah atas jalan sambil tengok keadaan motor.
member aku okay..
aku dah mula rasa nak karate budak yang langgar aku tuh tapi xjadi pasal dia budak kg aku jugak..
dia dah menggeletar tahap enjin burok.
aku betol2 marah dengan budak tu.
dia dengan selamba cakap brek motor dia xmakan.
pehh memang bodoh laa.
dah tau brek xmakan nak bawak motor laju2 lagi ?
aku mintak tolong member2 yg lain angkat motor tu dan tolak balik umah.
orang ramai datang tengok macam tengok sarkas.
hampeh..
aritu abah aku xbagi aku pegi kota bharu.
aku ingat nak jek pegi dengan motor lain.
kesudahannya..
kaki dan bahu kiri aku terseliuh.
aku kena berurut dan tahan sakit masa nak tidur.
memang berdenyut2 kaki kiri aku..
hehh..
kurang asam punya budak.

18 December 2007

PSK 2007

08 December 2007

potong nama, tutup buku

Dua hari yang lepas aku tutup akaun facebook. Semalam aku tutup akaun friendster dan arini plak aku tutup akaun myspace.
Sekarang aku nak dengar musick. Jangan ganggu aku.

05 December 2007

Mari Bersenam



Kamu2 yang rasa malas, rasa xsehat, rasa nak keluarkan peluh sekali sekala dijemput ke majlis Bersenam bersama linda onn.
Datang beramai2 okay..

01 December 2007

sunyi

Jumaat kali nie memang sunyi sepi.
suasana dia xmacam yang lepas2.
aku rasa pelik jek.
time nak pegi sembahyang jumaat..hujan turun dgn emo jek.
aku bawak payung kale pink..
bukan merah @ hitam okay...kan xpasal2 kena kutuk kata aku budak emo :)~
masa nak sembahyang pom aman semacam jek.
xder bising2 cam lepas2..
memang terasa semacam laa.
sembahyang memang best pasal xder dengar soksek.
Motorcycle Vespa